Wednesday, March 19, 2014

SINGGAH.

Hye. Good Evening.
Assalamualaikum. :)

singgah blogging la kejap.

macam addicted pulak bila dah tukar template, background and semua baru kat blog ni. heee. puas.

okay, kalau tengok blog aku ni macam orang baru start blogging kan. walhal, aku dah start blogging since umur aku 18 tahun dulu, tahun 2009 kalau tak silap, time aku kat matrikulasi lagi. now i am gonna be a 23 years old girl in several days. eh, macam pelik je bunyi. lady lagi sesuai kot. entah.

kenapa blog aku baru ade dua tiga kerat post, sebab semua older post dah di delete.

aku memang macam ni kot. segala benda aku nak post kat blog. then bila nak lupa semua benda tu, aku akan delete.

ini kali kedua aku delete segala benda yang terkandung dalam blog ni. heee. yang tinggal tu maknanya sesuatu yang aku tak rasa nak lupa tapi boleh dijadikan kenangan. :)

motif penulisan hari ni? sekadar singgah seketika. :)

okay, bye. 

Sunday, March 16, 2014

TAKDIR.

It's a very long long long time i guess. 
and now i'm back. 
Assalamualaikum. :)

blog berhabuk sepi yang dirindui,
maaf sebab terlalu lama tidak menjenguk. 
kerana hadirnya smartphone yang serba canggih, 
laptop peneman dikala dinihari dahulu dilupakan seketika.

the reason why am i here today is because of 'TAKDIR'. 

itulah yang selalu disebutkan oleh salah seorang penceramah yang aku kagumi.
aku akui yang beliau memang tergolong dalam golongan bijak pandai and at the same time he didn't forget about takdir Allah.

he always said, 

"untuk mencapai sesuatu itu bukan dengan planning,
tapi dengan percayakan takdir kita. 
jadi, setelah kita percayakan takdir kita, 
maka kita akan berusaha untuk mencapai takdir itu.
mungkin dengan planning." 

in conclusion, kita akan berusaha jugak walau macam mana cara sekalipon untuk memastikan ia menjadi takdir kita.

in a business word, as a business graduate, i guess it is called OBJECTIVE.

setelah itu, aku semakin percayakan takdir Allah.

kalau sebelum ni aku hanya tahu berserah pada Allah berkenaan takdir,
tapi sekarang aku lebih mahu untuk berusaha mencapai takdir itu.

ya, memang hanya Dia yang tahu segalanya meskipun kita merancang pelbagai agenda.
tapi aku masih mahu berusaha, walaupun hanya dengan memanjatkan doa.
tak rugi pon.

mungkin dikala ini, aku bersedih, terasa sedikit kecewa, berhadapan dengan sengsara,
namun aku percaya yang takdir Allah itu telah menentukan bahawa kebahagiaan aku akan tiba juga suatu masa nanti. insyaAllah.

dan di ketika ini, sudah pasti, aku tidak tahu dengan siapa aku akan mencapai bahagia itu, bila dan di mana.
dan sudah sememangnya hanya Dia yang Maha Mengetahui. 

setelah pelbagai usaha yang telah aku lakukan, meskipun pada aku, usaha tu macam tak berhasil.
aku masih mahu percaya, berdoa kepadaNya setelah berusaha itu mampu untuk membantu aku mencapai takdir aku.

kerana aku percaya,

ALLAH ITU MAHA ADIL, MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI, MAHA BERKUASA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...